Powered By Blogger

Khamis, 22 April 2010

Masjid Di Istanbul


Dari gereja ke masjid ke muzium



Masjid ini dinamakan Masjid Hagia Sophia . Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampur 1000 tahun.

Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Gambaran

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.

Dindang dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan